IIUM Grad 96/2000

Discussion Boards for International Islamic University Graduates 96/2000
 
HomeHome  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  Log in  

Share | 
 

 Meletak Kalungan Bunga di Tugu Peringatan

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Aliff Lam



Posts : 89
Join date : 2008-07-20
Age : 40
Location : Country Homes, Rawang

PostSubject: Meletak Kalungan Bunga di Tugu Peringatan   Fri Aug 01, 2008 11:01 pm

"PM letak kalungan bunga sempena Hari Pahlawan"

KUALA LUMPUR 31 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara di sini sempena sambutan Hari Pahlawan.

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin, turut meletakkan kalungan bunga di tugu itu bagi memperingati ribuan perajurit yang gugur dalam mempertahankan negara.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Abdul Aziz Jaafar, Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin dan Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia, Senator Datuk Muhammad Abdul Ghani, turut meletakkan kalungan bunga.

Terdahulu, Abdullah menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan kehormatan oleh 103 anggota dan pegawai Askar Melayu Diraja.

Majlis turut diserikan dengan bacaan sajak “Pahlawan” oleh Pegawai Waran I Azamin Itam sebaik selesai tiupan “Last Post” dan bendera Malaysia diturunkan.

Turut hadir beberapa menteri Kabinet, Ahli Parlimen serta pegawai kanan polis dan tentera, serta diplomat asing. — Bernama



1) Fatwa Mufti Pulau Pinang
- Bahawa haram tiupan dan bertafakur dengan menundukan kepala selama 20 saat dengan meletakan kalung bunga ditugu, bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan, tetapi dengan syarat tidak dilakukan dihadapan tugu, atau di dalam suasana yang dilarang oleh syarak kerana semua ini adalah upacara agama juga.

2) Fatwa Mufti Pahang - Fatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2) Enakmen itu : “Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.”

3) Fatwa Mufti Perlis - Berdoa di tugu peringatan adalah ditegah oleh syara’ dan hukumnya haram kerana perbuatan seumpama itu termasuk di dalam larangan firman Allah, surah al Maidah ayat 90 yang bermaksud:”Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-ansab(menyembah berhala) dan al azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya”.

Keterangan: “Al-Ansab” maknanya batu orang-orang jahiliyah sembelih korban disisinya dan beribadat kepadanya. Berdoa adalah ibadat, berdoa di batu tugu peringatan sama seperti orang-orang jahiliyah beribadat di al-Ansab yang dimaksudkan di dalam ayat 90 itu.

Sila rujuk laman e-fatwa http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=371

Ada kawan2 dr law section nak komen ka ? study
Back to top Go down
View user profile http://ukhwah-bersatu.blog2009.com/
 
Meletak Kalungan Bunga di Tugu Peringatan
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» my BCI wrightia religiosa

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
IIUM Grad 96/2000 :: PERBINCANGAN UMUM :: Hal Ehwal Semasa-
Jump to: