IIUM Grad 96/2000

Discussion Boards for International Islamic University Graduates 96/2000
 
HomeHome  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  Log in  

Share | 
 

 Siswazah Menganggur ?

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Aliff Lam



Posts : 89
Join date : 2008-07-20
Age : 40
Location : Country Homes, Rawang

PostSubject: Siswazah Menganggur ?   Sun Jul 20, 2008 10:58 am

UTUSAN MALAYSIA : KUALA LUMPUR 9 Julai - Seramai 37,191 siswazah berjaya diberi latihan menerusi Program Pembudayaan Usahawan sebagai usaha membudayakan dan menarik minat golongan itu menceburi bidang perniagaan sejak diperkenalkan 19 tahun lalu.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar berkata, kesemua siswazah itu diberi latihan melalui tiga program utama iaitu Program Pembangunan Usahawan Siswa (PPUS), Latihan Keusahawanan Siswa (LKS) dan Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KAKS).

"Ini sebagai langkah kerajaan mengatasi masalah pengangguran di kalangan siswazah, katanya menjawab soalan Nancy Shukri (BN-Batang Sadong) mengenai keberkesanan program usahawan siswazah yang diperkenalkan kementerian itu.


-----------------------------------------

Alhamdulillah, Tuhan memerintah umatNya mencari ilmu, membangun, maju dan bertebaran di muka bumi semuanya perlu dilakukan di atas nama Tuhan.

Firman Tuhan "Iqra` bismirabbikallazi kholaq"

Maksudnya: "Bacalah, dengan nama TuhanMu yang telah menciptakan." (Al Alaq:1)

Tafsirannya ialah: Carilah ilmu dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan.

Selama ini anak-anak kita dikerah, diasuh untuk mencari ilmu, ibu bapa dan para pemimpin berkata: Tengok! Quran pun suruh kita cari ilmu. Tetapi mereka lupa hendak tekankan bahawa cari ilmu dalam Al Quran itu mestilah dengan nama Tuhanmu, mesti kerana Tuhan, mesti mengikut cara yang Tuhan mahu, mesti selari dengan syariat Tuhan dan natijahnya mesti seperti mana yang Tuhan kehendaki.

Disebabkan mencari ilmu itu tidak dikaitkan dengan Tuhan, maka ia menjadi satu usaha yang hanya berlandaskan fitrah dan naluri. Hasilnya orang belajar ilmu kifayah sebelum selesai ilmu ain. Orang kenal benda lain sebelum orang kenal Tuhan. Orang belajar ilmu tak kira di mana. Ada orang Islam yang belajar ilmu Islam di dalam gereja. Guru mereka pula terdiri drpd orientalis, paderi Nasrani dan pendita Yahudi yang tidak beriman malahan memusuhi Islam. Ilmu yang mereka perolehi tidak membuatkan mereka merasa merendah diri dan tawadhuk dengan Tuhan malahan dengan ilmu itu, mereka menjadi angkuh dan sombong. Menuntut ilmu itu tidak jadi ibadah bagi mereka kerana tidak dikaitkan dengan Tuhan.

Dalam Islam tidak ada istilah `menganggur`. Tuhanlah yang bertanggungjawab memberi rezeki kepada setiap makhluknya di seluruh alam. Mencari ilmu itu perintah Tuhan dan adalah tidak wajar kita bergantung dengan ilmu atau ijazah yang diperolehi sebagai sumber rezeki kita, sedangkan bumi Tuhan ini luas dan berbagai-bagai rezeki yang halal disediakan-Nya. Bila niat mencari ilmu bukan kerana Tuhan maka tercetuslah istilah `siswazah menganggur`. Marilah kita berbaik sangka dengan Tuhan dan memanfaatkan ilmu, minat dan bakat yang kita ada utk kepentingan umat Islam seluruhnya.
Back to top Go down
View user profile http://ukhwah-bersatu.blog2009.com/
Hamidi_sban



Posts : 79
Join date : 2008-07-29
Age : 40
Location : Seremban

PostSubject: Re: Siswazah Menganggur ?   Tue Jul 29, 2008 5:15 pm

Aku setuju takde istilah menganggur... sedangkan ulat dalam batu pun tak mengganggur nak carik makan. Tambahan pulak negara kita yang kaya dengan hasil mahsul. Peluang pekerjaan untuk mencari rezki amat terbuka luas untuk kita, terutama bagi orang2 yang tak begitu cerewet memilih pekerjaan.

p/s: Ramai kengkawan aku yg sekarang ni bekerja bukan dalam bidang yg diambil sewaktu belajar dulu, ada yg jadik kontraktor, lecturer, malahan guru tuisyen...
Back to top Go down
View user profile http://thirdlane.blogspot.com
Aliff Lam



Posts : 89
Join date : 2008-07-20
Age : 40
Location : Country Homes, Rawang

PostSubject: Re: Siswazah Menganggur ?   Fri Aug 01, 2008 10:18 pm

betul tu midi, ada kwn aku tu pulak, bekerja dlm bidang yg diambil waktu belajar, tp dia buat plk parttime photography, ape pendapat ekau ttg perkara ni plk ?? Exclamation
Back to top Go down
View user profile http://ukhwah-bersatu.blog2009.com/
histar



Posts : 1
Join date : 2010-11-01

PostSubject: Re: Siswazah Menganggur ?   Mon Nov 01, 2010 9:35 pm

Boleh rujuk artikel blog dibawah untuk mencari kerja kosong untuk siswazah menganggur...

http://hairul.com/blog/siswazah-menganggur-cari-kerja-dengan-cara-saya/
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Siswazah Menganggur ?   Today at 3:14 am

Back to top Go down
 
Siswazah Menganggur ?
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
IIUM Grad 96/2000 :: PERBINCANGAN UMUM :: Hal Ehwal Semasa-
Jump to: