IIUM Grad 96/2000

Discussion Boards for International Islamic University Graduates 96/2000
 
HomeHome  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  Log in  

Share | 
 

 KENALILAH TUHAN

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Aliff Lam



Posts : 89
Join date : 2008-07-20
Age : 40
Location : Country Homes, Rawang

PostSubject: KENALILAH TUHAN   Sun Jul 20, 2008 12:19 pm

Kenalilah Tuhan Kita

Orang yang tidak kenal Tuhan, orang yang tidak faham kerja-kerja Tuhan
Dia tidak akan faham maksud Tuhan menjadikan sesuatu
Maksud Tuhan itu difaham mengikut yang dia faham
Akhirnya dia tidak mampu menanggung, apa yang dilakukan oleh Tuhan pada dirinya

Kalau Tuhan beri dia kuasa,
Tuhan hendak melihatkan kuasa-Nya pada diri orang itu
Tapi orang itu merasa berkuasa dan berbangga dengan kuasa yang ada
Dia pun takbur dan sombong dan menyalahguna kuasanya

Jika dia diberi kekayaan,
Tuhan hendak melihatkan kekayaan-Nya pada diri orang itu
Tapi orang itu dialah yang merasa kaya, dia pun megah dan sombong
Dia pun menghina orang yang papa kedana

Apabila Tuhan memberi ilmu,
Tuhan hendak memberitahu ilmu-Nya pada orang itu, Ilmu Tuhan yang diberi kepadanya.
Orang itu menganggap dialah yang punya ilmu, dia mahu dihormat dan dipuji
Dia rasa, dialah orang alim yang patut dimuliakan padahal Tuhan hendak melihatkan ilmu-Nya pada orang itu

Jika seseorang itu suaranya sedap atau rupa parasnya cantik
Tuhan memberitahu itu adalah anugerah Tuhan padanya. Tuhan pinjamkan kepadanya
Tapi orang itu merasa megah pula dengan suara dan rupanya. Ingin dipuji dan disanjung selalu

Kalau Tuhan uji seseorang dengan kesusahan dan penderitaan
Tuhan hendak memberitahu, Dia mampu bertindak apa sahaja kalau Dia mahu
Dia mahu orang itu sedar dan insaf agar kembali kepada-Nya
Tapi orang itu pula dia tidak senang, gelisah, kecewa dan putus asa

Begitulah orang yang tidak kenal dan tidak faham perbuatan Tuhan
Orang itu tidak akan rasa tenang jiwanya. Jiwanya tidak senang dan kecewa selalu mungkin putus asa
Hormat orang tidak kekal, sanjungan orang tidak selalu

Pujian orang tidak mesti sampai ke hujung. emegahan dan kekuasaan tidak selama-lamanya
Apabila segala-galanya sudah tidak wujud, lagi kecewa, menderita, putus asa
Oleh itu kenalilah Tuhan, fahamilah maksud perbuatan Tuhan
Bukan maksud seperti yang kita fahami
Back to top Go down
View user profile http://ukhwah-bersatu.blog2009.com/
 
KENALILAH TUHAN
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
IIUM Grad 96/2000 :: MARI BERUSRAH :: Kenali Tuhan-
Jump to: